Ini first time outing dengan geng CAL (Central Alpha Legion). Sempoi la diorang ni. Boleh layan la. Next time boleh ikut lagi kot. Banyak ilmu baru boleh belajar.
Tempat: Wet World Pedas, Negeri Sembilan Tarikh: 12/12/09
Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi ke Wet World Pedas, Negeri Sembilan. Tempat tu lebih 70km dari rumah kami. Tiket masuk berharga RM10 untuk dewasa.
Ini kali kedua kami pi situ. Kami suka pi situ sebab orang tak ramai sangat berbanding dengan tempat-tempat lain.
Apa yang unik kat situ adalah kolam air panas. Ada satu kolam air panas tu khas untuk refleksologi. Ada anak-anak yang bawak ibu bapa yang sakit kaki jalan-jalan dalam kolam tu. Dan ada juga ibu bapa yang bawa anak-anak yang mungkin sakit kulit mandi kat kolam kat situ.
Kali pertama kami datang sini dulu, Mia kecik lagi. Kali ni pergi, dia yang kalau boleh tak mau balik.
Pakai sunblock dulu
Ini adegan Mia selamatkan Abah dia
"Abah tenggelam, tarik abah!" "Bawa abah ke tempat selamat" Abah terharu selepas diselamatkan
Belon besaq. Nama penaja dikaburkan atas sebab2 keselamatan. Main apa ntah kat booth Air misai Belon ada 1, 2, 3, 4, 6 "Namaku tak perlu disebutkan..." Minumlah ayaq ribena Ambik gambaq saja. Diapers Mia pakai brand lain. "Cantik tudung kak?" Dah pukul 11, mata tak larat nak celik dah Masuk dalam kereta, tak jadi tidoq pulak.