Sunday, February 8, 2009

Mamma Mia

Aku baru saja selesai menonton filem Mamma Mia (tak ada kaitan dengan Nur Afrina Damia). Aku rasa filem ni best. Sebab tu aku masukkan dalam blog malam ni.

Filem ni bergenre muzikal. Ia mengenai seorang gadis yang nak kahwin. Gadis ni tidak pernah kenal ayahnya. Dia menjemput 3 orang bekas teman lelaki maknya ke majlis perkahwinnya tanpa pengetahuan maknya. Dengan harapan, salah seorang lelaki ini ialah ayah kandungnya.

Simple saja cerita ini. Muzik dalam filem ni memang best.

Apa yang aku rasa best mengenai Mamma Mia?
  • Muzik dari kumpulan ABBA
  • Lokasi dalam filem yang cantik
  • Gambar, warna dan teknik sinematografi yang cantik
Sebab terpengaruh dengan Mamma Mia, aku dah download lagu-lagu dari ABBA. Tak pasal-pasal. Layan saja la.

Zikir-zikir cinta



Buku ni adalah karya penulis dari Indonesia. Waktu aku beli buku ni, Aku harap buku ni setanding dengan Ayat-ayat Cinta sebab ditulis yang buku adalah best seller ni Indonesia.

Tetapi sangkaan ku meleset. Buku ni jauh sekali dengan Ayat-ayat Cinta (AAC). AAC betul-betul membuatkan aku berfikir, berimaginasi dan menghayati Islam sebagai cara hidup. Dan mampu membuatkan aku berfantasi mengenai negara Mesir.

Zikir-zikir Cinta (ZZC) juga mengambil subjek Islam dalam naskah ini. Cuma percintaan dalam ZZC adalah mengenai pelajar sekolah pondok di Indonesia bercinta. Gaya bahasa adalah telah diterjemah ke bahasa Malaysia berbanding AAC yang telah aku baca adalah dalam bahasa Indonesia sendiri.

Seriously, di akhir buku ZZC, aku tak dapat rasa langsung rasa cintanya dan tak rasa kehebatan subjek Islam yang ingin ditonjolkan. Pendek kata, tak best la.

Cuti-cuti Utara

Cuti tahun baru cina lepas, kami sekeluarga balik ke Kedah. Sempat la jalan-jalan ke Alor Setar, dan Pantai Murni di Yan.

On the way balik KL, saja singgah ke Penang. Nak naik Bukit bendera tak dapat sebab orang ramai. Takpa, lain kali la.


Mmwah






Teropong sapa tu?


Tinggi nye menara ni


Buai laju-laju, sampai pucuk atap


Ladies, start your engine




Womens in my life

Monday, February 2, 2009

Air mata lelaki

Ada orang kata, air mata lelaki ni mahal, Sebabnya lelaki ni 'macho'. Gagah perkasa. Air mata dianggap sebagai simbol kelembutan.

Tetapi semalam air mata Roger Federer @ Mr. Cool telah tumpah di lantai gelanggang Rod Laver Arena sewaktu upacara penyampaian hadiah. Apa sebabnya?

Adakah kerana sebab kalah kepada pemain nombor satu dunia Raphael Nadal?

Adakah kerana gagal menyamai rekod Pete Sampras yang memenangi 14 Grand Slams?

Atau mungkin kerana terharu dengan sokongan peminat yang tak berbelah bahagi kepadanya?

Kepada sesiapa yang menyaksikan perlawanan Federer dan Nadal semalam, anda pasti bersetuju dengan saya yang tepukan penonton untuk Federer lebih kuat dari Nadal. Syabas untuk Nadal yang ketika ini adalah pemain tenis terhebat kerana memenangi Australia Open semalam. Selamat berjaya untuk Federer yang merupakan pemain tenis terhebat sepanjang zaman.

Roland Garros menanti selepas ini.