Pengkalan nak naik pi kelong ni dekat dengan medan ikan bakar Pantai Jeram. Kalau mai dari Klang, sampai simpang trafic light dekat masjid Jeram, masuk kiri. Sebelah kanan simpang tu ada balai polis. Seingat aku, arwah toksu pernah jadi ketua balai kat balai polis Jeram ni dulu.
Dari pengkalan kami naik bot ke kelong. Perjalanan cuma mengambil masa dalam lebih kurang 10 minit.

Mula-mula memancing, aku pakai joran abang ipar punya. Sekali baling, tali dah bersimpul. Aduih. Bukan penat memancing, tapi penat duk betulkan tali pancing. Last sekali aku terpaksa potong tali tu. Pastu tidur lagi best.
Bangun pagi, aku tak teringin nak memancing lagi.



Tapi selepas member kata "Dapat seekor pun jadi la". Aku try pancing member punya.
Sekali dapat daa. Alhamdulillah. Memang tidak dapat dilupakan. Setelah 3o tahun hidup, akhirnya dapat tangkap ikan seekor. Inilah ikan yang pertama.

Selepas Azman ajar cara baling dengan betul. Dapat lagi seekor. Kali ni besar sikit.

Wah, dah mula rasa best. Nak lagi. Tapi sekali kena balik la pulak. Takpa, lain kali boleh memancing lagi.




















