Sunday, December 28, 2008

Sepetang di Mines


Semalam, kami sekeluarga jalan-jalan di Mines. Tak sangka pulak ada pertunjukkan Power Rangers di situ.

Pertunjukkan berlangsung sampai 1 Januari 2009. Siapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke sana.




Power Rangers sedia beraksi

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Lagi 10 hari tahun ni dah genap 30 tahun usia aku kalau mengikut kalendar Hijrah. Dah tua dah. Banyak lagi impian yang belum terlaksana.

Impian tahun ni:
1. Beli rumah
2. Menambahkan umat Nabi Muhammad S.A.W.
3. Menambahkan pendapatan sampingan
4. Mencari kerja baru yang lebih lumayan

Saturday, December 27, 2008

Tugasan yang tak jadi

Aku ada tugasan untuk workshop fotografi yang aku hadiri minggu lepas. Temanya ialah Krismas. Tangguh punya tangguh akhirnya satu apa pun gambar aku tak dapat ambil. Dah habih pun tempoh penghantaran semalam.

Mulanya cadang nak keluar malam Krismas. Tapi terfikir pulak yang mesti ramai orang mabuk malam tu. Tak jadi la keluar. Esok siang pun tak jadi keluar jugak sebab Mia kurang sihat. Hari ni dia dah sihat dah. Alhamdulillah.

Bila anak tak sihat, mak bapa yang risau. Tidur pun tak lena. Perasaan ni hanya boleh dirasai oleh ibu bapa. Siapa yang belum jadi ibu bapa, mungkin tak faham apa yang aku tulis. Bersyukur sangat bila anak dah sihat.


Ni time tak sihat




Ni time dah sihat

Perkahwinan Deqna 26/12/08

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Deqna (kawan Lin). Deqna telah selamat dinikahkan semalam 26/12/08. Majlis persandingan diadakan di Kampung Pengantin di sebelah malam.


Deqna


Lin & kawannya


Bersama suami selepas selamat dinikahkan


Majlis bersanding


Mia dan mama


Aku dan Mia yang tak sabar nak balik


Cenderamata untuk tetamu

Thursday, December 18, 2008

Tuesday, December 16, 2008

Penduduk Kampung Gempar Dengan Ular

KAMPUNG CHERAS BARU: Pada ketika warga kota sedang bersiap ke tempat kerja di awal pagi hari Selasa, para penghuni sebuah rumah di Kampung Cheras Baru gempar dengan penemuan seekor ular sawa di hadapan rumah. Kejadian berkenaan disedari seorang nenek yang dikenali sebagai Cik Mah, lantas mewar-warkan kepada seluruh penghuni rumah dan penduduk berhampiran.

Seorang penduduk, Haji Othman berusaha menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menangkap ular berkenaan. Menyedari yang dirinya akan ditangkap dan menjadi tumpuan manusia, ular sawa batik sepanjang hampir 2 meter itu cuba untuk melarikan diri ke dalam lubang di longkang berhampiran.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Fazlina berkata, "Saya sedang bersiap ke tempat kerja dengan suami saya. Tiba-tiba terdengar bunyi kecoh di luar. Kami melihat keluar dan terperanjat yang ada seekor ular sawa di hadapan rumah kami." Katanya yang kebetulan adalah anak kepada Cik Mah dan Haji Othman.

Hasil tindakkan pantas seorang lagi penduduk kampung yang dikenali sebagai Saudara Bidin, ular berkenaan dapat disekat dari masuk ke dalam longkang. Bersama-sama dengan penduduk kampung yang lain dan diketuai oleh seorang penduduk yang dikenali sebagai Saudara Ariel, ular berkenaan dapat ditangkap.

Bagaimanapun, dalam usaha tersebut, Saudara Bidin telah digigit di tangan dan dikejarkan ke klinik berhampiran. Dikhabarkan Saudara Bidin telah menerima rawatan sakit luar dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Balqis (bukan nama sebenar), ular sawa yang telah berjaya ditangkap akhirnya di bawa oleh pasukan Bomba yang tiba tidak lama kemudian.

p/s: gambar akan diupload kemudian

Saturday, December 13, 2008

Beruang oh beruang


Beruang ni comel. Gebu. Lembut. Sebab tu ia dijadikan mainan untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun ada juga yang suka main dengan beruang.

Tapi dalam pasaran saham, beruang sangat ditakuti. Pasaran beruang atau "Bear market" sedang melanda pasaran saham negara kita dan dunia. Itulah kesimpulan yang dapat ku bawa pulang dari seminar pagi tadi.

Seminar setengah hari bertajuk "2009 Market Outlook" anjuran CIMB bertempat di Menara SBB, Plaza Damansara.

Antara isi-isi penting yang dapat aku ingat ialah (in English):

  • Bull run in US last more than 100 years has already ended. Now is depression time.
  • Based on Elliot wave, there are 5 bull waves followed with 3 correction waves. We are now in the first correction wave.
  • Quote dari Joseph Cycles - "7 years good times, 7 years rough times." For Malaysia, years of good time has ended.
  • We live in global world. Whatever happen in other part of the world definitely will affect us also.
  • Worst case scenario for KLCI index could be around 700 points before we could enter the market again.
  • Expect market to rebound after Najib become PM and UMNO party election.
Conclusion, if you have money, save it. This recession is expected to be even worst than 1997-98 recession. This is not a time to enter the market. This is a time for capital preservation. However, you still can enter the market if you have discipline and know when to enter and out of the market during rebound.

God bless Malaysia.

Friday, December 12, 2008

Word of the Day

Damia sekarang dah pandai cakap. Tapi bahasa baby la. Ada beberapa perkataan yang kami sebagai ibu dan bapa dapat tangkap apa yang diperkatakan. Perkataan "Abah" dan "Mama" dah dapat dia sebut dengan jelas.

Jom belajar perkataan dari baby Mia. Antara perkataan yang dapat aku ingat seperti di bawah:

nanak - tak nak (perkataan ni memang favorite dia. sikit-sikit "nanak")
akit- sakit
atal - gatal (sambil menggaru betis)
atik - cantik
ka kish - kak Balkis (sepupu Mia)
atoh - jatuh
kak - bukak
nooo - no (bibir kena muncung sikit)

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Mia: Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H.

Kepada yang berkorban tahun ini, selamat menjalani ibadah korban. Tidak dilupakan kepada saudara kita yang berada di Mekah menunaikan rukun Islam yang kelima. Semoga mereka dapat melakukan ibadah sesempurnanya dan pulang membawa haji yang mabrur.

Pagi tadi telah dijalankan acara akikah untuk Mia. Seekor lembu telah disembelih di madrasah Islamiyah Kampung Cheras Baru. Mia pun ada menyaksikan acara tersebut. Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawabku yang tertangguh selama setahun. Tahun lepas nak buat akikah tapi tak jadi. Tahun ni awal-awal lagi aku dah hantar borang.


Lembu yang bakal di'akikah'kan





Full pictures can be obtained in http://nurafrinadamia.fotopages.com

Saturday, December 6, 2008

Tanah runtuh lagi

Astagfirullah hal a'zim. Pagi ni kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh lagi. Yang ketiga dalam tempoh seminggu. Dulu dekat Ulu Yam. 2 hari lepas dekat Jalan Semantan. Pagi ni dekat kawasan perumahan elit Bukit Antarabngsa pulak. Mengikut lapotan Star Online dah ada 3 orang maut dan 15 cedera setakat pukul 9 pagi ni.

Mungkinkah ini bala dari Allah? Tidak dinafikan yang sekarang ni musim hujan. Tapi kita manusia kena selalu beringat.

Subhanallah.

Terima kasih Isteriku

Semalam aku menerima satu kejutan. Lin meletakkan hadiah harijadiku di kerusi belakang kereta. Terima kasih banyak.


Inilah hadiah yang tidak ternilai dunia akhirat


Untuk Mia, Lin telah membelikan stroller kecik. Seronoknya dia main.




Gambar penuh boleh dilihat di http://nurafrinadamia.fotopages.com

Sunday, November 30, 2008

Episod Pengenalan

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Inilah posting pertama aku dalam blog ni. Siapa aku? Aku bernama Mohd Shakir Bin Abd Shukor.

Aku berusia 29 tahun. Berkahwin dengan Fazlina Binti Othman. Aku mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Anakku bernama Nur Afrina Damia. Kebetulan hari ini hari lahirku. Aku akan cuba untuk istiqamah update blog ni mengikut waktu yang tertentu.




Aku masih tak tahu apa nak cerita dalam blog ini. Haruskah aku menulis dalam bahasa melayu? Or should I write in English? Entahlah. Biarlah masa dan pengalaman mengajar aku cara mem'blog' yang betul. Mungkin dengan menulis di sini gaya bahasa aku akan bertambah baik.

Tema? Itu pun aku belum 'decide'. Mungkin aku akan banyak menulis mengenai anak comel aku dan juga topik-topik menarik di sekeliling aku.

Gambar? Insyaallah akan aku selitkan gambar yang sesuai yang ditangkap dari DSLR Sony Alpha 200, compact Olympus FE-160 atau dari cameraphone Sony Ericsson W810i. Gambar di atas bukan dari kamera aku. Gambar tu diambil pada majlis konvo ku yang lepas.

Masa untuk sembahyang Maghrib dulu. Kepada anda yang kebetulan singgah di blog ini, terima kasih diucapkan. Feel free to comment on anything. Adios!